Selangor buka permohonan komputer riba, tablet untuk warga tani

Poster permohonan bantuan komputer riba dan tablet kepada keluarga petani di Selangor di Facebook pada Isnin
Poster permohonan bantuan komputer riba dan tablet kepada keluarga petani di Selangor di Facebook pada Isnin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian Selangor membuka permohonan bantuan tablet dan komputer riba kepada para petani di negeri tersebut.

Exco Pertanian dan Infrastruktur, Izham Hashim berkata, inisiatif yang dibuat menerusi Kluster Agro Prihatin menawarkan sebanyak 100 buah komputer riba dan 50 buah tablet kepada warga tani yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah sebulan.

Menurutnya, pemohon perlu berstatus warganegara Malaysia yang menetap di Selangor melebihi 10 tahun, terlibat secara aktif dalam aktiviti pertanian, penternakan dan industri asas tani di Selangor.

Selain itu, Izham berkatan, pemohon juga perlu mempunyai ahli keluarga yang sedang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pada tahun ini.

"Permohonan dibuka selama seminggu bermula Isnin (22 Februari 2022) sehingga 28 Februari 2022 dan berakhir pada jam 12 tengah malam hari tersebut.

"Sebarang pertanyaan atau soalan boleh emelkan kepada infratani@gmail.com atau pegawaikhasexco15@gmail.com, manakala borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan https://forms.gle/XA58S6GFMzmijovS7," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!