Villeneuve tenang habiskan debut Daytona 500
BIARPUN bekas juara Formula Satu, Jacques Villeneuve tidak dapat memberikan penamat dongeng dalam penampilan debut Daytona 500 pada Ahad, namun pengalaman sebagai pemandu otai membolehkannya tenang mengemudi perlumbaan yang penuh kemalangan.
Pelumba Kanada berusia 50 tahun itu sebelum ini yang gagal melayakkan diri dalam perlumbaan tersebut 14 tahun lalu, menamatkan perlumbaan di tempat ke-22 dalam perlumbaan pembukaan musim selepas berada di kedudukan terakhir senarai 40 pelumba.
Untuk rekod, Villeneuve ketinggalan satu pusingan di belakang pendahulu awal sebelum tergelincir pada pusingan ke-38, semasa memasuki pit sebelum jentera Ford Mustang miliknya kembali semula dalam perlumbaan.
Semasa sesi kelayakan sebelum ini, Villeneuve melakar catatan ke-36 terpantas untuk menewaskan empat pelumba lain bagi memastikan tempatnya di petak permulaan di Daytona International Speedway.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!