Badlishah Sham dilantik Presiden Ikram baharu

Badlishah Sham dilantik sebagai Presiden Ikram yang baharu bagi sesi 2022-2026.
Badlishah Sham dilantik sebagai Presiden Ikram yang baharu bagi sesi 2022-2026.
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Perwakilan Nasional (DPN) bagi sesi 2022-2026 yang berlangsung pada 19 hingga 20 Februari lalu telah melantik Badlishah Sham Baharin sebagai Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) yang baharu.

Pelantikan itu diumumkan oleh Ikram menerusi kenyataan yang dikongsikan di portal rasmi mereka pada Isnin.

Sementara itu, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan telah dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala Profesor Dr Hanim Salleh dan Jusni Yusoff pula sebagai Naib Presiden.

Menurut kenyataan tersebut, bagi sayap Wanita Ikram pula, barisan kepimpinan itu turut menyaksikan Sallawahiu Mohd Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita dan Nurhakimah Mohamud sebagai Timbalan Ketua Wanita.

Dalam pada itu, persidangan tersebut turut melantik Profesor Ir Dr Ts Mohd Rizal Arshad sebagai Yang Dipertua DPN, Dr Muhammad Munawar Mohamed Hatta sebagai Timbalan Yang Dipertua DPN, manakala Maryam Jailani bertanggungjawab sebagai Setiausaha DPN.

Dalam perkembangan sama, Ikram turut mengumumkan keseluruhan Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) secara rasmi.

Berikut adalah senarai penuh JKP Pertubuhan Ikram bagi sesi 2022-2026:

Presiden: Badlishah Sham Baharin

Timbalan Presiden: Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan

Artikel Berkaitan:

Naib Presiden:

Profesor Dr Hanim Salleh

Jusni Yusoff

Ketua Wanita: Sallawahiu Mohd Salleh

Ahli Jawatankuasa Pusat:

Shahrul Aman Mohd Saari

Ismail Yusoff Awang

Dr Wardah Mustafa Din

Dr Diana Katiman

Ainullotfi Abdul Latif

Mohd Fadzil Saleh

Dr Hajar Opir

Profesor Dr Omar Yaakob

Timbalan Ketua Wanita: Nurhakimah Mohamud

Naib Ketua Wanita:

Dr Sabariah Baharun

Profesor Madya Dr Zaharah Sulaiman

Ahli Jawatankuasa Wanita Pusat:

Ashwida Abd Samad

Profesor Madya Dr Roohaida Othman

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!