Ratusan perkhidmatan kereta api, penerbangan di Hokkaido dibatalkan
TOKYO - Angin kencang dan salji tebal melanda wilayah Hokkaido Jepun, mengakibatkan 683 perkhidmatan kereta api, serta 136 penerbangan dibatalkan, lapor Sputnik.
Penerbangan yang dijadual berlepas dan tiba di Lapangan Terbang New Chitose turut dibatalkan termasuk penerbangan tempatan, lapor NHK pada Isnin.
Sementara itu, salji setebal 0.22 meter menyeliputi kepulauan itu dalam tempoh tiga jam manakala beberapa kawasan termasuk di Sapporo, diselaputi salji setebal 0.96 meter.
Dalam tempoh 24 jam akan datang, wilayah utara dan timur laut Jepun dijangka dilanda salji setebal 0.48 0.68 meter. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!