KPLB sedia bekerjasama dengan SPR jika MRSM jadi pusat pengundian

Mahdzir
Mahdzir
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor digunakan sebagai pusat pengundian untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPLB tiada masalah untuk bekerjasama dengan SPR berhubung hal itu.

"SPR adalah sebuah badan bebas yang diberi kuasa untuk mengendalikan pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Menurut Kementerian Pendidikan, sebanyak 151 sekolah menengah akan digunakan sebagai pusat mengundi bagi PRN Johor.

Mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Mara Corp, beliau berkata tindakan akan diambil sebaik sahaja siasatan selesai. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!