12 kenderaan dihempap pokok tumbang
SEPANG - Sebanyak 12 buah kenderaan dihempap tiga batang pokok di kawasan parkir kereta di Cyber Valley, Cyberjaya, di sini pada petang Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.27 petang sebelum 14 anggota bomba bersama pasukan Skuad Pantas Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, pasukan tersebut tiba di lokasi kejadian pada jam 5.36 petang dan memulakan kerja-kerja memotong pokok yang tumbang atas kenderaan-kenderaan tersebut.
"Kejadian melibatkan tiga batang pokok dengan ketinggian 12.2 meter menghempap 12 buah kenderaan di kawasan parkir kereta.
"Kerja-kerja memotong pokok-pokok tersebut dan mengalihkannya ke tempat selamat dilakukan pihak bomba dibantu oleh anggota Skuad Pantas MPSepang.
Tiada mangsa terlibat," katanya dalam satu laporan pada Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!