Ottawa kembali pulih selepas dikepung penunjuk perasaan

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

Pekerja pembersihan sedang membersih pekarangan Parlimen yang sebelum ini dipenuhi tunjuk perasaan Konvoi Kebebasan. - AFP
Pekerja pembersihan sedang membersih pekarangan Parlimen yang sebelum ini dipenuhi tunjuk perasaan Konvoi Kebebasan. - AFP
A
A
A

OTTAWA - Ibu negara Kanada dilaporkan 'aman' buat kali pertama sejak tunjuk perasaan Konvoi Kebebasan berlangsung hampir sebulan yang memaksa operasi polis diakukan secara besar-besaran bagi membendungnya.

Kini, kerja pembersihan dilakukan di pusat bandar raya Ottawa di mana sejak dua hari lalu sejak anggota polis antirusuhan berjaya menghalau rusuhan yang diketuai pemandu trak keluar dari perkarangan Parlimen.

"Saya sangat gembira dapat pulang ke bandar saya dan ia semakin baik hari ini ' kata Jeff Linddly, yang tinggal dan bekerja di pusat bandar raya itu memberitahu AFP.

Ketua Polis Sementara Ottawa, Steve Bell memberitahu sidang media bahawa 'ramai penunjuk perasaan telah menghilangkan diri'.

Katanya, walau bagaimanapun pihak berkuasa sedang bersiap sedia mengawal keadaan bagi memastikan tiada penunjuk perasaan kembali ke sini lagi.

Tambahnya, setakat ini seramai empat orang ditahan dalam zon keselamatan dan menjadikan jumlah tangkapan seramai 191 orang termasuk pemimpin tunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan dikenali sebagai Konvoi Kebebasan pada awalnya bermula dengan pemandu lori memprotes vaksin mandatori Covid-19 sebagai syarat untuk menyeberangi sempadan ke AS. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!