China nafi pancar laser pada pesawat Australia
BEIJING - Beijing pada Isnin menafikan dakwaan Australia bahawa kapal tentera laut China memancarkan laser ke arah salah sebuah pesawat peninjaunya dalam insiden yang disifatkan Perdana Menteri, Scott Morrison sebagai ' tindakan berbaur ugutan'.
Sebuah kapal China yang berlayar di luar pantai utara Australia pada minggu lalu telah memancarkan laser pesawat, kata Jabatan Pertahanan pada Ahad dan menyifatkan ia membahayakan nyawa.
Bagaimanapun Beijing berkata, dakwaan pancaran laser tersebut sebagai tidak benar dan mempertahankan pelayaran kapal China sebagai 'pelayaran biasa yang mengikut undang-undang antarabangsa'
"Kami menggesa Australia menghormati hak sah kapal China belayar di kawasan laut mengikut undang-undang antarabangsa dan berhenti menyebarkan maklumat palsu yang mengaitkan China," kata jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin.
Seorang jurucakap Kementerian Pertahan China berkata, pesawat peronda P-8 telah terbang antara empat kilometer dari kapal dan ia disifatkan melakukan 'provokasi jahat' yang menimbulkan ancaman keselamatan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!