TNB mohon maaf

Penduduk Serdang dan Seri Kembangan dilapor bergelap hampir 14 jam apabila berlaku kerosakan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Serdang Raya, petang semalam.
Penduduk Serdang dan Seri Kembangan dilapor bergelap hampir 14 jam apabila berlaku kerosakan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Serdang Raya, petang semalam.
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memohon maaf kepada pengguna yang terjejas berikutan gangguan bekalan elektrik di Seri Kembangan dan Serdang sejak petang semalam.

Gangguan bekalan itu dikatakan berlaku berikutan kerosakan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Serdang Raya petang, semalam.

Pengurus Besar Kanan, Distribution Network, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, TNB memahami kesukaran dialami pengguna terjejas dan pihaknya bertungkus lumus untuk memulihkan bekalan elektrik segera sebaik kerosakan berlaku.

“Usaha kembalikan bekalan dimulakan segera, sebanyak 67 peratus pengguna terlibat mendapat bekalan dalam tempoh dua jam menerusi bekalan grid, manakala bakinya diberi melalui set janakuasa bergerak

“Bekalan dipulihkan secara berperingkat bermula jam 5 petang semalam dan sehingga jam 12 tengah hari ini lebih 85 peratus pengguna sudah mendapat bekalan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, 131 set janakuasa bergerak digunakan untuk mengembalikan bekalan bermula jam 6 petang semalam.

“Sementara 39 lagi dijangka tiba untuk memberi bekalan elektrik bagi membolehkan bekalan dikembalikan sepenuhnya petang ini.

“Bagi pengguna lain yang terlibat, kami nasihat mereka mendapatkan maklumat terkini di Facebook TNB CareLine atau menghubungi talian TNB CareLine 15454,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu Wan Nazmy berkata, punca kerosakan PMU Serdang Raya disebabkan kerosakan pada peralatan panel pembahagian 33kV.

"Kerja pembaikan kerosakan di PMU tersebut dijangka siap esok. Kami berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran sementara kerja-kerja pemulihan bekalan dan pembaikan PMU Serdang Raya ini berjalan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Serdang, Seri Kembangan bergelap 14 jam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!