Banyak sangat parti politik bikin rakyat jadi pening

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

DUNIA politik tanah air sekarang ini memang cukup panas, ibarat air yang sedang menggelegak di atas bara api.

Ini semua gara-gara terlalu banyak parti politik di Malaysia.

Ada parti yang sudah tua, ada yang muda, ada yang dari seberang laut, ada juga parti serpihan, ada parti mewakili kaum tertentu dan ada yang mewakili agama.

Macam-macam agenda dan naratif yang mahu mereka bawa.

Keadaan sekarang memang dilihat sudah jadi cacamarba.

Harap rakyat juga tidak ikut kalut macam parti-parti politik tersebut dan tahu mana yang baik dan mana yang buruk.

Namun, bagi Merak Jalanan, yang paling penting sekarang ini – pilih yang ada integriti tinggi supaya masa depan negara tidak ‘rosak’.

Kita sudah ketinggalan jauh dengan negara lain ketika ini. Bayangkan, jika negara kita dijaga dengan betul, kita sudah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain.

Artikel Berkaitan:

Sudah tiada masa lagi untuk kita bernostalgia dengan kenangan lalu. Masa depan adalah matlamat utama kita sekarang.

Ubat mujarab untuk menyelesaikan segala masalah kita ketika ini hanyalah dengan kestabilan dan kepimpinan yang kukuh.

Tetapi nampaknya, dengan ‘penyakit’ yang sedang kita hadapi pada hari ini, susah untuk disembuhkan dalam waktu terdekat.

Ini kerana orang politik tetap akan lakukan apa yang mereka benar-benar handal dan pandai, bukan mahu menyelesaikan masalah tetapi menambah sengsara rakyat.

Jadi Merak Jalanan amat berharaplah agar kita kembali bercakap tentang usaha bina semula negara ini berbanding cakap tentang salah orang itu dan orang ini.

Merak Jalanan sentiasa berdoa semoga Malaysia kembali aman dan makmur.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!