KEJORA peneraju Johor Tenggara 2030

Perumahan Komuniti Johor Jenis B Taman Penawar Harmoni.
Perumahan Komuniti Johor Jenis B Taman Penawar Harmoni.
A
A
A

KOTA TINGGI - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyalurkan peruntukan sebanyak RM401,000 bagi baik pulih dan bina rumah baharu yang terkesan dengan bencana banjir menerusi Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia 2022.

KEJORA diberi tanggungjawab untuk melaksanakan keseluruhan 24 projek kerja baik pulih dan bina baharu rumah tersebut.

Daripada 24 projek terbabit, sebanyak 23 projek baik pulih melibatkan pembinaan rumah dengan kos RM15,000 setiap unit manakala sebuah projek bina baharu dilaksanakan dengan kos RM56,000.

Penerima bantuan bina baharu rumah, pemuda Orang Asli, Mohd Sazuan Mohd Said, 24 bersyukur kerana mendapat rumah baharu bagi membolehkan isteri dan dua anaknya tinggal di tempat lebih selesa.

Katanya, rumah dibina di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) 2021 di Kampung Belukar Durian Sedili Kecil itu telah siap dan mula didiami sejak seminggu lalu.

"Saya perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu kerana mengalami masalah buah pinggang. Selain bekerja kampung saya juga mengambil upah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kolam ikan.

"Memandangkan anak-anak makin besar, sudah tentu saya mahukan kediaman lebih selesa untuk anak-anak. Syukur KPLB dan KEJORA bantu saya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Perumahan Komuniti Johor Jenis A Taman Penawar Harmoni.
Perumahan Komuniti Johor Jenis A Taman Penawar Harmoni.

Penerima bantuan Rumah Kasih Keluarga Malaysia 2022 bagi kategori baiki rumah, Mohd Hafizzuan Isenin@Ithnin dari Kampung Muhibah Paloh, Kluang tidak menyangka bencana banjir pada Januari lalu menyebabkan bahagian hadapan rumahnya mengalami kerosakan.

"Saya bekerja di ladang kelapa sawit dan tinggal berdua dengan ayah berusia 65 tahun. Bencana banjir yang berlaku menyebabkan kerosakan yang agak teruk pada bahagian hadapan rumah.

"Terima kasih kepada KPLB dan KEJORA kerana meringankan beban saya untuk membaiki rumah yang rosak akibat banjir," ujarnya.

Dalam pada itu, KEJORA terus merangka pembangunan perumahan di wilayahnya yang berorientasikan kepada sasaran golongan B40 untuk memiliki rumah dengan harga mampu milik.

Selaras dengan itu, Projek Perumahan Taman Penawar Harmoni seluas 47.29 ekar dengan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM9.2 juta telah dilancarkan pada 2014.

Kini projek yang menawarkan 454 buah rumah pelbagai jenis dan 65 buah kedai kos sederhana itu sudah siap sepenuhnya dan sedia untuk diduduki.

MOHD NIZAM
MOHD NIZAM

Bagi Mohd Nizam Kamis, 37 bangga apabila menjadi penerima kunci rumah Taman Penawar Harmoni Bandar Penawar.

"Saya tinggal bersama keluarga di Felda Sungai Mas. Saya merasa amat gembira dan bangga apabila menerima kunci rumah.

"Terima kasih kepada KEJORA yang banyak membantu," katanya.

Program keusahawanan yang disusun di wilayah KEJORA turut menjadi agenda utama pembudayaan keusahawanan dalam kalangan masyarakat di situ.

Pelbagai program dan kursus telah dirancang dan dilaksanakan KEJORA pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM1juta yang memberi fokus kepada usahawan industri, pertanian dan pelancongan.

Sebanyak lima kiosk Warung Desa Kejora@KPLB turut diserahkan kepada lima usahawan dengan peruntukkan sebanyak RM60,000.

Bagi penerima kiosk Warung Desa@Kejora, Othman Jaafar, 40 berkata bantuan diberikan memberikan kelegaan buatnya untuk yang menjalankan perusahaan karipap di Kampung Tengah Layang-layang.

"Dengan adanya bantuan ini, ia memberikan sinar harapan kepada saya untuk meningkatkan jualan karipap nenerusi kiosk yang diberikan," jelasnya.

Setiap tahun, KEJORA memperuntukkan geran bagi membantu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan pertubuhan yang berada di dalam Wilayah KEJORA bagi memperkasakan komuniti luar bandar dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah serta teknikal.

Selaras dengan Teras Tiga Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030, KEJORA menyediakan peruntukkan Geran Pengurusan kepada 35 pengerusi JPKK dan 7 pertubuhan dengan peruntukkan RM275,000.

BAHRUDDIN
BAHRUDDIN

Ketua Kampung Contoh Kahang, Kluang, Baharuddin Aman mengakui KEJORA banyak membantu penduduk kampung menerusi pelbagai program yang dilaksanakan.

Katanya, bantuan tersebut termasuk bantuan Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia 2022 iaitu baiki rumah dan bina baharu bagi penduduk yang terjejas banjir pada Januari lalu.

"Penduduk kampung seramai 450 orang yang kebanyakannya bekerja di ladang kelapa sawit.”

"Penduduk Kampung Contoh cukup bertuah kerana KEJORA tidak pernah henti memberikan bantuan selain merangka pelbagai program untuk faedah penduduk kampung," tambahnya.

KEJORA Laksana Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia

KOTA TINGGI- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang ditubuhkan pada 1 Jun 1972 bertanggungjawab menyelia dan membangunkan Wilayah Johor Tenggara.

Penubuhannya adalah satu strategi pembangunan terancang kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan wilayah yang mundur untuk mencapai keseimbangan pembangunan dan ekonomi antara wilayah.

Kejora
Kejora

Selari dengan matlamat penubuhannya, KEJORA telah melancarkan Pelan Strategik KEJORA 2021-2025 selaras dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata banyak kejayaan diraih KEJORA sepanjang penubuhannya dan sejarah akan tercipta apabila KEJORA akan menyambut ulang tahun ke-50 pada 1 Jun depan iaitu Sambutan Jubli Emas.

Katanya, semua warga KEJORA telah bersama-sama berganding bahu demi meningkatkan kecemerlangan KEJORA bagi memastikan kesejahteraan masyarakat luar bandar khususnya di wilayah Johor Tenggara.

"Bertunjangkan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) bagi mencapai visi Luar Bandar Sejahtera, KEJORA terus mengorak langkah untuk menjadi peneraju wilayah Johor Tenggara pada 2030.

"Penekanan terhadap penjenamaan KEJORA perlu menjadi pemacu kepada perubahan pelaksanaan projek pembangunan dan aktiviti pada masa akan datang. Transformasi yang dilakukan bukanlah sekadar retorik tetapi perlu dilaksanakan agar menjadi landskap baharu kepada KEJORA," jelasnya.

Beliau berkata demikian sempena Lawatan Kerja ke Wilayah KEJORA di Dewan KEJORA Bandar Penawar di sini pada Khamis.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun, Pengerusi KEJORA, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil serta Pengurus Besar KEJORA, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!