Keyakinan Kane jadi ‘senjata’ Spurs

Kane (kiri) diharap dapat mengulangi kecemerlangannya ketika berdepan Spurs. - Foto AP
Kane (kiri) diharap dapat mengulangi kecemerlangannya ketika berdepan Spurs. - Foto AP
A
A
A

KEYAKINAN tinggi yang dimiliki Harry Kane ketika ini dilihat bakal menjadi ‘senjata’ bagi membantu kejayaan Tottenham Hotspur bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Burnley di Turf Moor, pada Khamis.

Menurut pengendali Spurs, Antonio Conte, keyakinan dimiliki Kane ketika ini dilihat bakal menyuntik semangat kesebelasan The Lilywhites itu untuk terus beraksi cemerlang dan mengulangi kejayaan menewaskan pendahulu EPL, Manchester City, Ahad lalu.

“Bagi saya, Kane sekali lagi akan mengetuai jentera serangan pasukan dan saya optimis dia mampu mengulangi kecemerlangannya ketika membantu kemenangan ke atas City.

“Secara keseluruhannya, keyakinan yang dimiliki Kane dilihat cukup tinggi ketika ini dan perkara itu diharap dapat membantu kejayaan pasukan dengan dibantu Son Heung-min dan Lucas Moura,” katanya.

Untuk rekod, Kane muncul wira skuad The Lilywhites itu Ahad lalu, apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa saat-saat akhir masa kecederaan bagi memastikan kemenangan walaupun The Citizens menyamakan kedudukan 2-2 menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

Kemenangan itu menjadikan Spurs melonjak pada tangga ke lapan dengan 39 mata setelah mengharungi 23 perlawanan setakat ini.

Mengulas mengenai Hugo Lloris, Conte menegaskan dia tetap akan menurunkan penjaga gol berkenaan pada aksi berdepan City.

Katanya, biarpun ramai yang menyalahkan Lloris terutamanya akibat kelalaiannya yang menjadi punca kepada gol pertama City, namun Conte tetap menyifatkan penjaga gol itu sebagai antara penjaga gol terbaik ketika ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya akan tetap menurunkan Lloris kerana bagi saya, dia antara penjaga gol terbaik yang kita miliki ketika ini dan saya yakin dia akan beraksi baik kali ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!