Identiti mangsa bunuh dikenal pasti

Laporan Sinar Harian pada 15 Februari lalu.
Laporan Sinar Harian pada 15 Februari lalu.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis telah mengenal pasti identiti mangsa kes pembunuhan kejam yang dipercayai ditetak dan dibakar di sebuah bangunan panggung wayang terbiar di Simpang Kuala dekat sini pada Selasa minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dikenali sebagai Yusri Idris, berusia 30-an dan beralamat di Desa Keda, Pasir Putih, Tualak, Kuala Nerang.

"Pengecaman mayat lelaki terbabit dilakukan waris mangsa.

"Bagaimanapun,hal-hal lain masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Ahmad Shukri memberitahu, reman ke atas empat suspek disambung sehingga 1 Mac depan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, empat individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki yang dipercayai ditetak dan dibakar di sebuah bangunan panggung wayang terbiar di Simpang Kuala dekat sini pada Selasa.

Ahmad Shukri memberitahu, tangkapan tersebut melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia 30-an hingga 50-an dilakukan di sekitar daerah Alor Setar.

Beliau memaklumkan, lelaki yang ditetak dan dibakar di sebuah bangunan panggung wayang terbiar di Simpang Kuala, di sini, pada Selasa disahkan maut akibat terhidu asap kebakaran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!