Che Ta tak bayar gaji bekas pemandu?

A
A
A

TULAR di media sosial hari ini, dikatakan bintang popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta, tidak membayar gaji bekas pemandu peribadinya.

Menurut pemuda berkenaan, dia sudah berulang kali bertanya dan menunggu bayaran yang masih belum dilunaskan oleh majikan itu.

Dalam perkongsian dibuat menerusi Facebook milik bekas pemandu Che Ta, difahamkan baru sahaja berkhidmat selama dua bulan yang mana pelakon terbabit perlu membayar gaji sebanyak RM2,000.

Tiada niat untuk membuka aib namun kerana dicabar suami Che Ta, Zain Saidin, dia tekad untuk berbuat demikian.

Selain gajinya, menerusi paparan skrin WhatsApp pemuda tersebut turut meminta Kak Nani untuk bertanyakan tentang saman trafik RM300.

[gambar-gambar perbualan di WhatsApp dan FB]

Menerusi tinjaun Sinar Harian di akaun Che Ta ada memuat naik coretan di Insta Story.

"Kau nak aku viralkan ke macam mana kau kerja? Apa kau ambil, apa kau buat malam-malam sampai bawa kereta sambil tidur!

Artikel Berkaitan:

"Bila hidup kau susah, jangan salahkan orang lain, tanya diri sendiri macam mana kau kerja!!!,"

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!