Banyak lagi perlu diperbaiki oleh KUFC: Syamsul

Syamsul
Syamsul
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Ketua jurulatih Kelantan United (KUFC) Syamsul Saad masih belum berpuasa hati dengan corak permainan ditampilkan anak buahnya dalam beberapa perlawanan pra musim sebelum aksi sepak mula Liga Premier, Mac depan.

Beliau berkata, pelbagai aspek akan diteliti dan diperbaiki bagi mengatasi segala kelemahan pasukannya terutama dari segi serangan dan pertahanan.

"Saya rasa terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian seperti menyudahkan peluang di depan pintu gol. Jika corak permainan bagus namun kita tidak mampu menjaringkan gol ia akan memberi sedikit tekanan kepada pemain untuk mengekalkan momentum sebelum ini," katanya kepada Bernama pada Selasa.

Pada perlawanan pembukaan Liga Premier dijadual pada 5 Mac, KUFC akan menentang Perak ditempat lawan.

Sementara itu, beliau turut melahirkan rasa gembira apabila KUFC berjaya menundukkan pasukan Liga Super iaitu Penang FC dengan jaringan 2-0 pada aksi persahabatan pramusim di Georgetown pada Isnin.

"Mereka (pemain) lebih selesa beraksi dengan penguasaan bola dan sangat selesa dengan taktikal yang diterapkan malah benteng pertahanan juga dilihat lebih berani membina corak permainan," katanya.

- Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!