12 negeri dijangka alami ribut petir, hujan lebat
SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 12 negeri, pada Selasa.
MetMalaysia menerusi kenyataannya memaklumkan, negeri-negeri tersebut akan mengalami ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 malam bagi tujuh negeri dan 8 malam bagi lima negeri.
Tujuh negeri tersebut membabitkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.
Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Yan; Kuala Muda; Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang pula Seberang Perai Utara; Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan serta Perak Kerian; Laut Matang dan Selama, Kuala Kangsar; Manjung; Kinta; Perak Tengah; Kampar; Bagan Datuk; Hilir Perak; Batang Padang dan Mualim.
Selain itu, ia juga membabitkan kawasan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, manakala Negeri Sembilan melibatkan Seremban dan Port Dickson serta Tangkak, Muar dan Batu Pahat bagi negeri Johor.
Sementara itu, lima lagi negeri pula membabitkan Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun), Pahang (Jerantut) dan Johor (Kluang dan Kulai).
Dalam pada itu, di Sarawak membabitkan kawasan kuching (Bau dan Kuching); Serian; Samarahan; Sri Aman; Sarikei; Sibu (Sibu dan Selangau); Mukah; Kapit (Belaga); Bintulu (Tatau) dan Limbang (Lawas).
Selain itu bagi Sabah pula Pedalaman (Sipitang); Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat).
AMARAN RIBUT PETIR.
Dikeluarkan pada: 4:15 petang, 22 Februari 2022#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysiapic.twitter.com/Tn7ZJKFAlm
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 22, 2022
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!