Malaysia bakal bangkit sebagai Harimau Asia dalam masa tiga tahun

Lim Guan Eng (kiri) ketika sesi soal jawab pada Invest Malaysia 2019 hari ini. Turut kelihatan Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin. -Foto Bernama
Lim Guan Eng (kiri) ketika sesi soal jawab pada Invest Malaysia 2019 hari ini. Turut kelihatan Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia akan kembali kepada statusnya sebagai Harimau Asia dalam masa tiga tahun, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata lonjakan 48 peratus dalam pelaburan langsung asing kepada RM80.5 bilion pada 2018, berbanding RM54.4 bilion pada 2017, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kekuatan ekonomi Malaysia.

Guan Eng berkata pelaburan dari China dan Jepun ke Malaysia meningkat dengan ketara dan beliau berharap pelabur tempatan akan turut berbuat demikian.

"Angka 2018 adalah positif meskipun terdapat unjuran tertentu dan saya rasa ekonomi Malaysia berkembang dengan baik. Kita telah mengatasi anggaran konsesus walaupun pada bulan sebelumnya.

"Indeks Pengeluaran Perindustrian sebanyak 3.2 peratus pada Januari adalah lebih tinggi berbanding anggaran Bloomberg pada 2.3 peratus,” katanya dalam ucap tama beliau pada forum pasaran modal Invest Malaysia 2019, di sini, hari ini. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!