[VIDEO] Gondola dinaiki pekerja penyelenggaraan dipukul ribut

Rakaman gondola yang dinaiki beberapa pekerja penyelenggaraan terhayun kuat akibat angin kencang tular di media sosial.
Rakaman gondola yang dinaiki beberapa pekerja penyelenggaraan terhayun kuat akibat angin kencang tular di media sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Insiden sekumpulan pekerja penyelenggaraan berada dalam kren gondola yang terhayun dengan kuat beberapa kali ketika ribut di sebuah bangunan di Jalan Kemuning di sini tular di media sosial.

Video berdurasi 2.32 minit yang tular di media sosial itu memaparkan kren gondola dinaiki beberapa pekerja penyelenggaraan terhayun dengan kuat dan hilang kawalan serta menghentam struktur bangunan.

Komander Operasi Pegawai Bomba, Junain Bahau berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 3.56 petang.

"Seramai empat anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi, insiden itu sudah selesai tanpa sebarang kejadian buruk berlaku," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, wakil pemaju tapak pembinaan memaklumkan mangsa-mangsa yang tersangkut pada gondola itu telah berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!