Bayi lelaki hidap hati kronik perlu segera dibedah

Maayish Khalish perlu kos pembedahan kira-kira RM150,000.
Maayish Khalish perlu kos pembedahan kira-kira RM150,000.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan disahkan menghidap biliary atresia atau kegagalan fungsi organ hati dan perlu menjalani pembedahan dengan segera.

Maayish Khalish Mohd Amirul Nizal disahkan menghidap penyakit itu sejak berusia sebulan.

Bapanya, Mohd Amirul Nizal Norizal, 27, berkata, anak sulung mereka kini dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Sejak berusia sebulan dia sering sakit dan kerap muntah sebelum kami dimaklumkan anak menghidap penyakit berkaitan hati.

"Pihak hospital menyarankan pembedahan pemindahan hati perlu dilakukan segera kerana tahap kesihatannya semakin merosot," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Katanya, untuk tujuan itu perlu mendapat penderma hati yang bersesuaian namun mengambil sedikit masa dengan kos rawatan lebih kurang RM150,000.

"Dengan pendapatan saya sekitar RM2,000 dan isteri tidak bekerja, agak mustahil kami dapat menyediakan wang sebanyak itu.

"Kami berserah kepada ALLAH namun masih berharap ada 'keajaiban' dan pembedahan dapat dilakukan segera sekali gus memberi sinar baharu buat anak kami," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, ketika ini mereka menjaga Maayish Khalish secara bergilir di hospital berikutan hanya seorang sahaja dibenarkan menemaninya selepas menerima rawatan sejak awal Februari lalu.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi Mohd Amirul di talian 011-51454475 atau aplikasi WhatsApp 011-53519597 untuk maklumat lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!