Tarikh unik, 29 pasangan bukan Islam kahwin serentak

Mohammad (tengah) bersama sembilan pasangan bukan Islam yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh unik 22.02.2022 di pejabat JPN Pahang di Kuantan pada Selasa.
Mohammad (tengah) bersama sembilan pasangan bukan Islam yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh unik 22.02.2022 di pejabat JPN Pahang di Kuantan pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 29 pasangan bukan Islam memilih tarikh istimewa 22 Februari 2022 (22022022) untuk disatukan dalam satu upacara perkahwinan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh Pahang.

Pengarahnya, Mohammad Abdullah berkata, kesemua mereka memilih tarikh berkenaan kerana ia sangat istimewa dan senang diingati di samping mempunyai makna angka yang bertuah untuk diraikan.

"Semalam (Selasa) Bahagian Perkahwinan dan Perceraian (BKC) JPN Pahang telah mengadakan majlis bagi meraikan pasangan yang memilih tarikh istimewa.

"Majlis ini diadakan bagi mempromosikan pendaftaran perkahwinan sivil serta mengeratkan perhubungan antara jabatan ini dengan pelanggan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menjelaskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dititikberatkan sepanjang majlis itu berlangsung di mana setiap upacara perkahwinan ke atas pasangan dibuat secara bergilir mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Tambahnya, program itu juga adalah menyokong konsep Keluarga Malaysia yang berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

"Ia juga sebagai permulaan pada tahun ini dan menunjukkan komitmen jabatan untuk menyokong aspirasi kerajaan dan program-program yang akan datang," ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!