Pertimbang semula SOP PRN Johor: Muhyiddin

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

KULAI - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta mempertimbangkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, SOP yang diumumkan SPR pada Jumaat itu dilihat agak ketat serta kurang praktikal.

“Agak ketat juga kerana hanya boleh berceramah di satu tempat (seperti) bilik gerakan, jadi takkan seluruh rakyat Johor nak datang situ. Contoh, di DUN (Dewan Undangan Negeri) Bukit Permai dan di (kampung) Felda ini sendiri jauh.

“Tidak praktikal bagi saya sedangkan majlis-majlis sosial dibenarkan, kenduri kahwin boleh, jadi apa bezanya?

"Kalau satu kawasan ada 30,000 pengundi, macam mana nak berhubung dengan pengundi,” katanya ketika sidang akhbar pada program Ramah Mesra Warga Felda di Dewan Felda Taib Andak di sini pada Rabu.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau turut memberitahu bahawa tempoh kempen selama dua minggu ditetapkan melalui SOP tersebut juga menyukarkan pihaknya untuk memperkenalkan calon khususnya yang kurang dikenali.

Pada Jumaat, SPR mengeluarkan SOP berhubung penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang 14 hari tempoh berkempen PRN Johor.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, ceramah dan kempen hanya dibenarkan di pejabat parti dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan kehadiran tidak melebihi 100 orang, manakala bagi kempen ziarah rumah ke rumah, penyertaan tidak melebihi lima orang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!