Etnik Kedayan

No Image Caption
A
A
A
Kumpulan Mukun Anak Labuan (KUMALA) lengkap berpakaian tradisi 'kubamban' dalam persembahan bermukun pada sesi rakaman acara kesenian dan kebudayaan etnik Kedayan Labuan di Pantai Tanjung Aru Nelayan baru-baru ini.

Bermukun secara asasnya adalah salah satu upacara bertandak dan berbalas pantun yang diselangi irama gendang yang dikenali sebagai 'tambuu' dalam bahasa Kedayan.

Sementara itu, para pemantun dan dayang gendang berpakaian tradisional etnik Kedayan iaitu 'kubamban' semasa upacara tersebut. Pada masa dahulu, upacara tradisi bermukun diadakan sempena majlis perkahwinan, keramaian membuka kawasan baharu dan perayaan musim menuai.

Kini, bermukun lebih dikenali sebagai upacara kebudayaan dan kesenian yang menjadi salah satu aset pelancongan serta rujukan dalam mengenali warisan budaya serta sejarah masyarakat etnik Kedayan.

Budaya serta warisan masyarakat terdahulu seumpama ini adalah medium penting dalam menzahirkan ketamadunan dan pembentukan identiti sesebuah bangsa dan negara. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia