Wolves mahu ‘pecah masuk’ kelompok enam pasukan teratas EPL

Lage - Foto Getty Images
Lage - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Wolverhampton Wanderers, Bruno Lage mahu skuad kendaliannya itu menewaskan Arsenal pada Jumaat, dalam usaha ‘pecah masuk’ ke kelompok enam pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut Lage, misi kemenangan itu dilihat tidak mustahil untuk direalisasikan berikutan skuad kendalianya dilihat begitu bersemangat setelah menewaskan Leicester City 2-1 Ahad lalu.

Justeru katanya, tidak mustahil untuk kejayaan sama diulangi ketika berdepan The Gunners nanti.

“Tidak mustahil untuk kami peroleh tiga mata jika memenangi perlawanan ini dan saya rasa tidak ada masalah untuk pemain realisasikan.

“Sama ketika kami menewaskan Leicester, Ahad lalu. Semuanya adalah hasil daripada kerja keras kerana tidak ada rahsia dalam bola sepak melainkan kerja keras dan semangat kerjasama berpasukan,” katanya.

Untuk rekod, Wolves kini berada pada kedudukan ketujuh dengan 40 mata dan berpeluang melonjakkan kedudukan pada tangga keenam sekiranya mencatatkan kemenangan ke atas The Gunners pada Jumaat.

Sementara itu Lage mengingatkan pemain untuk memberikan aksi terbaik dalam usaha mencatatkan kemenangan yang diidam-idamkan.

Katanya, sebelum ini kesebelasan Wolves dilihat gagal memberikan aksi terbaik biarpun mencatatkan kemenangan dalam beberapa perlawanan.

Artikel Berkaitan:

“Sebelum ini kami meraih tiga mata, tetapi daripada segi persembahan ia memang agak mengecewakan. Kami beraksi hambar.

“Oleh itu, pada aksi berdepan Arsenal, pemain diharap memberikan aksi terbaik bagi merealisasikan misi kemenangan kita,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!