Orang lama kena relaks, nanti kena darah tinggi: Tok Pa

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU – Tidak gentar! Itu satu semangat yang dimiliki Ahli Parlimen tunggal PH di DUN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed walaupun ‘keseorangan’ dalam persidangan DUN Kelantan, di sini.

Malah sebagai 'orang lama' beliau sempat memberi tips untuk menghadapi Sidang DUN kali ini.

“Tidak apa, relaks sahaja, tidak ada masalah. Kita orang lama ini relaks sahaja, nanti terkena darah tinggi pula. Lagipun saya tidak pandai berbalah (bergaduh),” jawabnya ringkas.

Tidak gentar sendirian, Ahli Parlimen Jeli ini tetap bersemangat untuk bertanyakan soalan dan mendapat jawapan lisan daripada barisan Exco kerajaan negeri.

Malah beliau juga turut memberikan beberapa cadangan untuk diambil kira kerajaan negeri dalam langkah pembangunan yang lebih baik selepas ini.

Ada pun sindiran ‘pahit’ dalam dewan itu kadang kala sedikit ‘mencuit’ hati, namun beliau tetap mampu tersenyum dan menganggap ia merupakan asam garam dalam medan tersebut.

Sebelum ini Mustapa adalah calon tunggal menteri Kabinet dalam DUN Kelantan dan sering kali memperjuangkan pelbagai isu sewaktu persidangan, dibantu juga dengan rakan-rakan ADUN BN yang lain.

Persidangan kali ini dijangka lebih lancar dengan fenomena baharu hubungan Pas dan UMNO yang semakin serasi, sekali gus juga memberi kesan kepada suasana dalam persidangan dewan itu sendiri.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, masing-masing tetap memberikan hujah bagi memberi kebaikan kepada rakyat, negeri, agama, bangsa dan negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!