Cari kaedah tambah baik PdPR

KPM harus lebih proaktif memastikan PdPR dapat berjalan lancar. - Gambar hiasan
KPM harus lebih proaktif memastikan PdPR dapat berjalan lancar. - Gambar hiasan
A
A
A

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) pada Rabu telah memberi pilihan kepada sekolah rendah dan menengah untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ekoran kes Covid-19 semakin meningkat.

Ia merupakan langkah tepat dilakukan oleh KPM dalam usaha memastikan penularan virus tersebut terutama kepada pelajar sekolah tidak menjadi lebih teruk.

Namun, sesetengah ibu bapa kurang bersetuju dengan pelaksanaan PdPR itu ekoran beberapa masalah pembelajaran secara dalam talian.

Ada ibu bapa yang mungkin mengalami masalah seperti rangkaian internet dan gajet yang menyukarkan anak-anak mereka belajar dengan baik.

Malah, 'sejarah' pelaksanaan PdPR ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu juga tidak memuaskan sehingga terdapat pelajar yang masih gagal membaca walaupun sudah berada pada darjah tiga.

Tinjauan KPM sendiri mengenai kesediaan murid terhadap pembelajaran dalam talian mendapati 1.85 juta murid tidak mempunyai peranti dan menghadapi masalah akses internet yang menafikan capaian kepada PdPR.

Justeru, pelaksanaan PdPR perlu diperbaiki dan ditambah baik dalam situasi kita tidak boleh menolak kemungkinan sistem ini akan menjadi medium paling penting dalam proses pembelajaran kerana pandemik Covid-19 ini belum berakhir.

KPM juga harus lebih proaktif bagi memastikan PdPR ini dapat berjalan dengan lancar sekali gus mengelakkan wujud senario generasi keciciran.

Artikel Berkaitan:

Kementerian juga perlu memberikan bimbingan kepada ibu bapa cara PdPR yang betul kerana proses pembelajaran tersebut juga memerlukan kerjasama dan bantuan daripada ibu bapa bagi memastikan anak mereka dapat belajar dengan lancar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!