Joe Biden kutuk serangan Rusia ke atas Ukraine

Joe Biden - Foto AFP
Joe Biden - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengutuk serangan tidak wajar yang dilancarkan tentera Rusia ke atas Ukraine pada awal pagi Khamis.

Biden dalam satu kenyataan berkata, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah memilih perang yang dirancang terlebih dahulu sehingga akan memberikan kerugian besar terhadap nyawa dan penderitaan manusia.

Menurutnya, Rusia bertanggungjawab terhadap kematian dan kemusnahan yang ekoran serangan tersebut.

Beliau berkata, AS dan sekutu-sekutunya akan bersatu untuk bertindak balas terhadap tindakan Rusia itu.

Biden menyatakan demikian selepas beberapa letupan kedengaran dekat beberapa bandar raya Ukraine selepas Putin menyatakan tentera Rusia melancarkan operasi ketenteraan di negara berkenaan. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!