[VIDEO] Rusia tutup ruang udara di sempadan Ukraine, Belarus

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MOSCOW - Rusia pada Khamis mengumumkan penutupan ruang udaranya kepada penerbangan awam di sempadan Ukraine dan Belarus.

Satu notis telah dikeluarkan selepas Presiden, Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, lapor Agensi Anadolu.

Menurut notis itu: "Penggunaan ruang udara di sempadan Rusia dengan Ukraine dan Belarus ditutup sementara waktu kepada pesawat awam atas faktor keselamatan berikutan penggunaan senjata dan peralatan ketenteraan.”

Kementerian Pertahanan Rusia didakwa menggunakan 'senjata canggih' untuk melumpuhkan sistem pertahanan udara, lapangan terbang tentera, dan angkatan tentera udara di Ukraine.

Menurut laporan itu, Rusia turut didakwa telah melancarkan pencerobohan berskala besar ke atas Ukraine dan menyasarkan kawasan utama di bandar raya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!