Calon muda BN yakin mampu pikat pengundi

Mohd Fared Mohd Khaled
Mohd Fared Mohd Khaled
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemilihan beberapa calon muda dan memiliki latar belakang akademik yang tinggi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat sebagai strategi berkesan meraih sokongan pengundi muda dan belia.

Calon dari UMNO bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Semerah yang juga peguam Mohd Fared Mohd Khaled berkata, golongan muda khasnya mula tertarik dengan UMNO yang membariskan pimpinan daripada golongan profesional.

"Saya akan guna peluang ini untuk sama-sama berkongsi kemahiran dan kepakaran kami untuk memberikan terbaik untuk masyarakat setempat,"katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Calon BN di Ibu Pejabat UMNO Johor di sini pada Khamis.

Mohd. Fared merupakan anak kelahiran Kampung Parit Besar Bagan, Semerah dan merupakan seorang peguam sivil dan syarie.

Dalam pada itu, Mohd Fared berkata, rakyat di luar sana mahu melihat gelombang baharu yang diterajui golongan muda profesional dalam kancah politik sekaligus memimpin negeri dan negara dengan semangat baharu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar itu berkata, pendekatan untuk menarik undi golongan muda harus dilakukan dengan kaedah yang berbeza.

Sementara itu bagi Norlizah Noh, 38 yang dipilih bertanding di DUN N37 Johor Lama, menyifatkan pemilihannya mengangkat peranan dimainkan Puteri UMNO sebagai sayap BN.

"Peluang diberikan pucuk pimpinan akan dimanfaatkan dengan membawa suara rakyat terutama di kawasan DUN Johor Lama yang memiliki banyak kawasan Felda.

Artikel Berkaitan:

" Saya merupakan anak jati Felda Simpang Waha, sudah tentu saya faham kehendak dam hasrat golongan muda di Felda. Pembangunan ekonomi dan sosial antara yang perlu diberi tumpuan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!