PRN Johor: Muda umum tiga lagi calon
JOHOR BAHRU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan tiga lagi calon mereka yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Fikri Musa, 28, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja, R Sangaran di DUN Machap manakala Rasid Abu Bakar, 28, di DUN Larkin.
Pengumuman tersebut dibuat Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu majlis khas di Taman Eco Cascadia di sini pada Khamis.
Sebelum ini Muda sudah mengumumkan empat calon bagi kawasan DUN Puteri Wangsa, Bukit Permai, Bukit Kepong dan Tenang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!