Perhilitan siasat penemuan buaya di Sungai Selangor

Imej dipercayai buaya menerusi rakaman video tular mengenai penemuan buaya bersaiz besar di Sungai Selangor, pada Rabu.
Imej dipercayai buaya menerusi rakaman video tular mengenai penemuan buaya bersaiz besar di Sungai Selangor, pada Rabu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor masih menyiasat video tular mengenai penemuan seekor buaya di Sungai Selangor, pada Rabu.

Pengarahnya, Dennis Ten Choon Yung berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan dari masa ke semasa bagi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, sungai itu secara umumnya memang merupakan habitat semula jadi buaya tembaga dan penduduk kampung sedia maklum mengenai kehadiran buaya di situ.

"Sudah menjadi kebiasaan penduduk yang pergi memancing terserempak dengan reptilia tersebut,' katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Menurut Choon Yung, papan tanda amaran turut dipasang dengan kerjasama penduduk setempat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sungai itu yang kerap dikunjungi orang awam.

"Perhilitan menasihatkan semua pihak supaya berwaspada ketika berada di sungai bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku" katanya.

Pada Rabu, tular sebuah video berdurasi 23 saat memaparkan seekor buaya bersaiz besar ditemukan di kawasan paya bakau sungai tersebut.

Video itu dipercayai dirakam orang awam atau pemancing yang menyusuri sungai berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!