Wan Ahmad Fayshal positif Covid-19
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal didapati positif Covid-19.
Menerusi ciapan di Twitter, Wan Ahmad Fayshal berkata keputusan itu diperoleh hasil ujian PCR yang dilakukannya semalam.
"Saya telah membuat ujian PCR pada hari Rabu yang telah mengesahkan saya positif Covid-19. Buat rakan-rakan yang menemui saya sejak awal minggu, saya mohon agar anda turut buat isolasi dan ujian mengikut SOP (prosedur operasi standard).
"Maaf atas segala kesulitan. Terima kasih,” katanya. - Bernama
Salam sejahtera. Saya telah membuat ujian PCR pada hari Rabu yang telah mengesahkan saya positif Covid-19.
— Wan Ahmad Fayhsal (@wanfayhsal) February 24, 2022
Buat rakan-rakan yang telah menemui saya sejak awal minggu, saya mohon agar anda turut buat isolasi dan ujian mengikut SOP.
Maaf atas segala kesulitan. Terima kasih.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!