PKRC MAEPS beroperasi semula esok

KKM akan mengoperasikan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula Jumaat.
KKM akan mengoperasikan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengoperasikan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-(19 PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Jumaat.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pembukaan semula PKRC MAEPS itu merupakan langkah pre-emptive bagi memastikan perkhidmatan hospital di Lembah Klang untuk kes bukan Covid-19 tidak terjejas.

"Kes-kes berisiko rendah akan ditempatkan di PKRC MAEPS untuk tempoh yang singkat berbanding gelombang Delta sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, sebagai permulaan sebanyak 100 katil disediakan dengan kapasiti 850 katil.

Khairy
Khairy

"Ini adalah strategi kita dalam menguruskan kes-kes positif pada gelombang Omicron," katanya.

PKRC MAEPS 2.0 ditutup pada 8 Februari lalu selepas 14 bulan memberi khidmatnya kepada 166,072 pesakit Covid-19 yang terdiri daripada kategori satu hingga empat.

Artikel Berkaitan:

MAEPS diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April 2020 dengan pengambilan pesakit Covid-19 di yang hanya membabitkan pesakit bukan warganegara bagi kategori satu serta dua dan kemudian ditutup pada 15 Julai tahun yang sama.

Pada 9 Disember 2020, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula MAEPS sebagai PKRC susulan peningkatan kes Covid-19.

Ia kemudiannya dinaik taraf sebagai PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 pada 24 Januari dengan menerima pesakit kategori tiga dan empat dengan skala sederhana.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!