Calon MB PN akan diumumkan nanti: Muhyiddin

Muhyiddin ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sini, pada Khamis
Muhyiddin ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sini, pada Khamis
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan parti masih menunggu masa yang sesuai untuk mereka mendedahkan calon Menteri Besar Johor.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu memberitahu parti sudah mempunyai calon-calonnya yang menepati kriteria ditetapkan dan mungkin akan diumumkan tidak lama lagi.

“Itu kita akan umumkan, sebab sekarang kita nak umum pun, masih belum jadi calon. Selepas selesai (hari penamaan calon) dan waktu sesuai kita akan berikan nama.

“Kita akan umum pada masa yang terdekat, sebab bulan ini pun dah nak habis, jangan risau mesti ada Menteri Besar bagi kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan kesemua 56 senarai calon PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam satu majlis di sebuah resort di bandar raya ini di sini, pada Khamis.

Muhyiddin berkata, buat masa ini apa yang boleh dipastikan, calon Menteri Besar PN itu berkemungkinan besar adalah calon daripada komponen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Senarai calon (Menteri Besar) dah ada, jadi perbincangan itu berlaku, cuma apa yang boleh saya katakan Insya-ALLAH kemungkinan besar calon MB kita adalah daripada Bersatu,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai manifesto PN yang akan dibawa pada PRN Johor, beliau berkata, semua inisiatif yang ingin dibawa parti itu sedang dimuktamadkan dan dijangka boleh diumumkan seawal minggu hadapan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!