Situasi di Ukraine masih terkawal

Kiev dakwa tentera masih kekal di benteng pertahanan walaupun Moscow sasar elemen infrastruktur ketenteraan. - Foto: AFP
Kiev dakwa tentera masih kekal di benteng pertahanan walaupun Moscow sasar elemen infrastruktur ketenteraan. - Foto: AFP
A
A
A

KIEV - Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksii Reznikov memaklumkan pasukan tentera negara itu masih kekal di benteng pertahanan walaupun tentera darat Rusia dikatakan telah menyeberangi ke negara itu dari pelbagai arah.

“Situasi kini terkawal. Seluruh rakyat Ukraine perlu kekal bertenang dan duduk di rumah. Tentera kita memerlukan sokongan kuat dan mengharapkan kepercayaan daripada anda,” tegas Reznikov.

Ketika ini, tentera Rusia dikatakan menyasarkan elemen infrastruktur ketenteraan Ukraine dan telah memusnahkan sistem pertahanan udara Kiev menerusi kempen serangan yang telah mula dilancarkan.

Kremlin turut mendakwa kononnya mereka tidak akan membedil bandar dan tidak mengancam orang awam walaupun gambar dipaparkan media menunjukkan beberapa kediaman penduduk jadi sasaran.

Ketika kempen pencerobohan Rusia itu bemula, siren turut dibunyikan di bandar Kiev setelah beberapa bandar dibedil misil dan artileri.

Penduduk yang mahu menggunakan pengangkutan kereta api bawah tanah dilaporkan bergegas mencari tempat perlindungan sebagai langkah berjaga-jaga.

Perkembangan terbaharu krisis tersebut sekali gus mengiyakan laporan media Barat sejak beberapa minggu lalu yang memberi amaran tentang ancaman pencerobohan oleh Rusia yang disifatkan sebagai propaganda perang oleh Kremlin.

Ukraine yang nyata kecewa dengan peningkatan konflik itu turut memutuskan hubungan diplomatik dengan Rusia sekali gus mengeruhkan lagi situasi tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!