Lelaki warga asing ditahan pandu secara berbahaya

Kereta Proton Waja yang dipandu suspek dibawa ke IPD Taiping untuk siasatan lanjut. (gambar kecil: Osman)
Kereta Proton Waja yang dipandu suspek dibawa ke IPD Taiping untuk siasatan lanjut. (gambar kecil: Osman)
A
A
A

TAIPING - Tindakan pantas polis berjaya menyekat sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya hingga melanggar beberapa kenderaan di Kamunting, semalam.

Kejadian sekitar jam 6.15 petang itu berlaku selepas kereta jenis Proton Waja dipandu seorang lelaki warga asing yang melarikan diri dari pemeriksaan polis.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kenderaan suspek berusia 39 tahun itu dilihat dalam keadaan mencurigakan dalam satu rondaan di Jalan Kampung Dew di sini.

"Anggota unit rondaan (MPV) telah memberikan isyarat dengan memasang lampu mata arah (beacon light) dan menyembunyikan siren supaya suspek memberhentikan kenderaan.

"Tindakan suspek yang enggan berbuat demikian menyebabkan kenderaannya melanggar beberapa kenderaan lain sebelum terbabas di Jalan Kamunting," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan fizikal tidak menemui apa-apa barang salah pada suspek.

"Hasil siasatan mendapati suspek melarikan diri dari tahanan polis kerana pasport telah tamat tempoh dan tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!