Selangor diminta beri perhatian isu sekolah tak cukup
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor diminta memberikan perhatian terhadap laporan Sinar Harian berhubung kekurangan sekolah yang tidak mencukupi di negeri ini.
Laporan berkenaan turut menyatakan kekurangan sekolah itu mengakibatkan tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk.
Ketua Pembangkang DUN Selangor, Rizam Ismail berkata, laporan akhbar Sinar Harian mengenai isu berkenaan sebagai satu perkara yang kritikal.
"Laporan yang dinyatakan dalam akbar berkenaan merupakan perkara yang serius dan seharusnya diambil perhatian sewajarnya kerajaan negeri.
"Dengan statistik jumlah rakyat Selangor adalah seramai 6.5 juta penduduk, sudah pastinya kekurangan sekolah ini perlu dilihat dengan lebih serius," katanya ketika ucapan pada Sidang DUN Selangor di sini.
Rizam (BN-Sungai Air Tawar) berkata, negara maju hanya menempatkan 25 pelajar di dalam satu kelas.
"Namun di sini ada antaranya satu kelas boleh mencapai 30 hingga ke 40 pelajar dan perkara ini saya percaya berlaku di kawasan-kawasan DUN yang lain juga," katanya.
Ahad lalu, Sinar Xtra melaporkan isu sekolah tidak mencukupi di Selangor sangat kritikal apabila bilangan pelajar melebihi jumlah jumlah sekolah disediakan.
Berdasarkan Maklumat Asas Pendidikan Negeri Selangor sehingga 31 Januari lalu, jumlah sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri ini sebanyak 939, manakala bilangan pelajar sekolah rendah dan menengah seramai 891,966.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!