[VIDEO] Gempa bumi landa Indonesia, gegaran dirasai hingga ke Malaysia


Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Port Klang dan Cyberjaya. - Foto USGS
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Port Klang dan Cyberjaya. - Foto USGS
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi berskala 6.2 berlaku di Pekan Baru, Indonesia.

Ia disahkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter.

Gempa berlaku pada 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Port Klang dan Cyberjaya.

Ia turut dikongsikan warga media sosial. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!