[VIDEO] Menara Seri Wilayah bergegar, kakitangan kosongkan bangunan

Keadaan di luar Menari Wilayah Persekutuan sebaik penggera kecemasan berbunyi.
Keadaan di luar Menari Wilayah Persekutuan sebaik penggera kecemasan berbunyi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kakitangan Kementerian Wilayah Persekutuan panik selepas merasai gegaran di Menara Seri Wilayah kesan gempa bumi di Bukit Tinggi Sumatera Indonesia pada Jumaat.

Seorang kakitangan di kementerian itu berkata, gegaran itu dirasai sekitar jam 9.50 pagi disusuli penggera keselamatan berbunyi.

Menurutnya, kakitangan bertindak mengosongkan bangunan berkenaan sejurus tanda amaran tersebut berbunyi.

"Setakat jam 10.30 pagi, penggera berkenaan masih berbunyi dan kami berada di luar bangunan menantikan ketibaan pasukan bomba untuk melakukan pemeriksaan," kongsinya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya, walaupun berada dalam satu bangunan namun tidak semua kakitangan merasai gegaran tersebut.

Kakitangan bertindak mengosongkan bangunan berkenaan sejurus tanda amaran tersebut berbunyi.
Kakitangan bertindak mengosongkan bangunan berkenaan sejurus tanda amaran tersebut berbunyi.

"Ada kawasan tertentu yang alami gegaran selama beberapa saat, saya pula tidak sedar ada gegaran mungkin pejabat saya terletak bersebelahan tiang.

Artikel Berkaitan:

"Kami agak panik perlu keluar dari bangunan dalam kadar segera kerana mengejar masa perlu mengosongkan bangunan kurang 14 minit," katanya.

Bagaimanapun katanya, keadaan kembali tenang dan semua kakitangan memberikan kerjasama dengan mengosongkan bangunan berkenaan bagi tujuan keselamatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!