Tiada laporan kecederaan, kerosakan struktur susulan gegaran

Anggota bomba membuat pemantauan di Wisma Berita RTM Angkasapuri yang turut mengalami gegaran susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pagi Jumaat.
Anggota bomba membuat pemantauan di Wisma Berita RTM Angkasapuri yang turut mengalami gegaran susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pagi Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur tidak menerima sebarang laporan kerosakan struktur bangunan dan kecederaan penghuni di sini susulan gegaran akibat kejadian gempa bumi yang melanda Utara Sumatera, Indonesia pada pagi Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima makluman berkaitan gegaran kira-kira jam 9.45 pagi melibatkan bangunan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

"Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, kejadian tersebut berlaku akibat gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter yang berlaku di Utara Sumatera yang menyebabkan kesan gegaran tersebut dirasai di Kuala Lumpur.

"Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur mengarahkan balai-balai bomba di sekitar Kuala Lumpur menuju ke lokasi panggilan bagi membuat pemantauan dan memastikan penghuni bangunan berada dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan kerosakan struktur dan kecederaan penghuni bangunan.

"Pemantauan dari semasa ke semasa masih lagi dijalankan oleh pihak bomba," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi, penduduk di beberapa kawasan di Lembah Kelang digemparkan dengan gegaran kecil ekoran kejadian gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!