Gempa bumi: Bomba terima 74 panggilan kecemasan
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, panggilan itu melibatkan 21 di Kuala Lumpur, Putrajaya (16), Selangor (14), Negeri Sembilan (10), Melaka (tujuh), Pahang (empat) dan masing-masing satu panggilan di Perak serta Johor.
"Kesemua panggilan diterima JBPM adalah sekitar 9.47 hingga 11.24 pagi," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pasukan bomba hadir ke lokasi kejadian membuat pemantauan dan pengungsian bangunan bagi memastikan semua orang keluar dengan selamat.
"Kes kemudian diserahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat pemantauan serta penilaian bangunan," katanya.
Gempa bumi pada 6.2 magnitud berlaku pada 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat dengan kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya, Port Klang dan Cyberjaya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!