Malaysia harap tandatangan MOU PDI bulan depan

Saravanan (berdiri, kiri) bertanya kepada seorang pekerja asing di sebuah restoran yang diserbu sempena operasi penguatkuasaan khas bersepadu di bawah Undang-undang Perburuhan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) di Seremban pada Jumaat.
Saravanan (berdiri, kiri) bertanya kepada seorang pekerja asing di sebuah restoran yang diserbu sempena operasi penguatkuasaan khas bersepadu di bawah Undang-undang Perburuhan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) di Seremban pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Malaysia berharap dapat menandatangani Memorandum Persefahaman Pengambilan dan Penempatan Perkhidmatan Domestik Indonesia (MOU PDI) bulan depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, tarikh dimeterai akan ditentukan oleh kerajaan Indonesia dalam waktu terdekat.

"Sebelum ini Indonesia meragui sama ada kita ikhlas untuk tandatangan MOU atau tidak kerana mereka lihat pelbagai isu di negara kita.

"Kita jangkakan sebelum ini ia dimeterai awal Februari tetapi terpaksa ditangguhkan kerana keadaan tidak sesuai. Saya percaya Indonesia akan tetapkan tarikh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir sama pada operasi penguatkuasaan khas bersepadu di bawah Undang-undang Perburuhan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342) di sini pada Jumaat.

Beliau juga memberitahu akan ke Kemboja tidak lama bagi membincangkan berkenaan pengambilan tenaga buruh dari negara itu.

"Setakat ini kita mempunyai seramai 1,054 pekerja warga Cambodia yang mana seramai 1,003 adalah pembantu domestik," katanya.

Sementara itu katanya, kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia telah memberi peruntukan RM5 juta kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini untuk membantu mengambil tindakan terhadap kes membabitkan buruh paksa.

Artikel Berkaitan:

"Ini kerana kes penganiayaan terhadap buruh paksa dilihat sebagai satu keadaan yang tidak boleh diterima di seluruh dunia.

"Pihak hak kedutaan Amerika Syarikat dan United Kingdom turut bersedia membantu mengeluarkan negara ini daripada senarai 'K' dengan syarat Malaysia betul-betul membela dan menjaga hak kemanusiaan imigran," katanya.

Oleh sebab itu katanya, beliau tidak sesekali akan berkompromi bila melibatkan isu-isu menyentuh hak kepentingan pekerja.

"Majikan Malaysia perlu sedar yang kita dah sampai tahap negara sumber lebih berminat hantar pekerja mereka ke negara lain seperti Singapura berbanding Malaysia.

"Tapi saya tak nafikan keseluruhan rakyat kita layan pekerja asing dengan baik, hanya segelintir yang buat begitu," katanya.

Berkenaan operasi berkenaan, Saravanan berkata, seorang pekerja restoran warga India diselamatkan kerana disyaki mangsa pemerdagangan manusia.

Katanya, lelaki itu bukan sahaja dibiarkan tinggal di tempat tidak selesa, malah tidak mempunyai permit sah dan pasport tamat tempoh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!