41 hilang tempat tinggal

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 41 orang hilang tempat tinggal apabila 10 kediaman di Lorong 1, Kampong Setia Jaya, di sini musnah dalam kebakaran berlaku petang tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 2.51 petang sebelum 22 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Setapak dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kebakaran melibatkan 10 rumah separa kekal berkeluasan 200 X 300 kaki persegi.

“Kemusnahan kebakaran dianggarkan 100 peratus dan api dapat dikawal pada jam 4.09 petang.

“Seramai 41 mangsa hilang tempat tinggal melibatkan 10 keluarga, bagaimanapun tiada yang cedera,” katanya.

Bagaimanapun, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.



Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!