Medvedev kini nombor satu dunia

Daniil Medvedev FOTO: AFP
Daniil Medvedev FOTO: AFP
A
A
A

BINTANG tenis Rusia, Daniil Medvedev kini disahkan sebagai pemain nombor satu selepas melakar kemenangan 6-2, 6-3 ke atas pemain Jepun Yoshihito Nishioka pada suku akhir Terbuka Mexico.

Kemenangan berkenaan membolehkan pemain nombor dua dunia berusia 26 tahun tersebut memintas pemain Serbia, Novak Djokovic yang tewas pada aksi suku akhir di Terbuka Dubai sebelum itu.

Pada peringkat separuh akhir Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu berpeluang juara Terbuka Australia, Rafael Nadal, sekali gus menyaksikan perlawanan ulangan pertemuan di Melbourne Park yang dimenangi bintang Sepanyol itu untuk gelaran Grand Slam ke-21 dirinya.

Untuk rekod, kekalahan Djokovic 6-4, 7-6 (7/4) kepada pemain nombor 123 dunia dari Republik Czeh, Jiri Vesely menamatkan penguasaan bintang tenis berusia berusia 34 tahun tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!