Amaran siklon dikeluarkan di wilayah utara Australia

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

CANBERRA - Biro Meteorologi (BoM) mengeluarkan amaran siklon tahap tinggi bakal membadai wilayah utara (NT) Australia.

BoM pada Khamis meningkatkan tahap amaran daripada 'sederhana' kepada 'tinggi' berikutan siklon diramal melanda pada Sabtu dan Ahad, lapor Xinhua.

Siklon tropika dijangka bertukar kepada ribut kategori dua menjelang pagi Ahad, mencetuskan hujan lebat serta angin kencang.

"Angin kencang dengan kelajuan sehingga 100 kilometer (km) sejam mungkin membadai Kepulauan Tiwi pada pagi Sabtu kemudian menghala ke selatan NT."

"Kami menyeru orang ramai mengikuti perkembangan cuaca terkini,” menurut kenyataan agensi itu.

Amaran banjir turut dikeluarkan di kawasan pantai.

Pada 2008 Siklon Helen melanda Darwin yang mengakibatkan kerosakan mencecah AS$1 juta.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!