Penduduk Kampung Bantal berjaga-jaga
JERANTUT - Lebih 500 penduduk di Kampung Bantal di Ulu Tembeling di sini kini berjaga-jaga selepas beberapa rumah kedai di Dataran Bantal dinaiki air awal pagi Jumaat.
Ketua Kampung Bantal, Hamdan Ali berkata, hujan lebat beberapa hari lalu di hulu Sungai Tembeling dan paras air dijangka naik lagi malam Sabtu.
Menurutnya, ia berikutan masih hujan hingga jam 4 petang Jumaat.
"Air mula naik bermula jam 2 pagi Jumaat dan penduduk juga bersedia dengan sebarang kemungkinan dan mereka berpengalaman dengan situasi ini setiap tahun," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!