Proses bawa pulang 11 rakyat Malaysia masih berjalan
SHAH ALAM - Proses membawa pulang 11 rakyat Malaysia di Ukraine ekoran pelancaran operasi ketenteraan Rusia terhadap negara Eropah itu masih berjalan.
Kementerian Luar Negeri dalam jawapan ringkas kepada media menerusi kumpulan WhatsApp pada Jumaat mengesahkan perkara itu.
“Proses masih berjalan, belum ada ‘update’ buat masa ini," katanya.
Sebelum ini Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam hantaran di laman Facebook berkata, kerajaan sedang berusaha melaksanakan proses membawa pulang kesemua 11 rakyat Malaysia yang masih berada di Ukraine.
Beliau menjelaskan, pihak kedutaan akan memberi perlindungan dan menyediakan tempat selamat sebelum kumpulan itu dapat pulang ke Malaysia.
Ketika ini, terdapat 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Keiv dengan 12 orang daripadanya sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air.
Presiden Rusia, Vladmir Putin dilaporkan telah mengisytiharkan perang ke atas jirannya, Ukraine selain melakukan beberapa siri serangan peluru berpandu dan roket.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!