Nabil, Neelofa tarik diri bertanding AME19

Nabil Ahmad dan Neelofa
Nabil Ahmad dan Neelofa
A
A
A

SELEBRITI popular yang juga merupakan pasangan hos sensasi untuk program MeleTOP, Nabil Ahmad dan Neelofa membuat keputusan untuk menarik diri dari bertanding dalam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang akan berlangsung 21 April ini.

Selepas undian fasa pertama ditutup, Nabil telah disenarai pendek untuk pencalonan akhir bagu kategori 'Hos MeleTOP'. Manakala Neelofa pula tercalon untuk dua kategori iaitu 'Fesyen MeleTOP' dan 'Hos MeleTOP'.

Bagaimanapun Nabil dan Neelofa masih kekal sebagai pengacara pentas ‘AME 2019’ bersama Jihan Muse.

“Kami dah 6 tahun menerima pencalonan akhir anugerah MeleTOP jadi kali ini kami ambil keputusan untuk menarik diri.

“Keputusan ini dibuat secara sukarela tanpa tekanan daripada pihak Astro, mahupun pihak produksi.

"Kami kira keputusan ini dapat memberi peluang kepada selebriti lain untuk menang dan tidak ada isu syok sendiri atau tuan rumah yang menang anugerah," jelas Neelofa sambil dipersetujui Nabil.

Sementara itu, sebanyak 16 kategori dipertandingkan dalam Anugerah MeleTOP 2019 dan bakal mengetengahkan tema ‘Glam’ penuh gemerlapan dengan tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’ yang dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!