Enam calon hadir penamaan di DUN Larkin

Calon Barisan Nasional Mohd Hairi Mad Shah, 38, bersama pencadang dan penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Larkin di Dewan JKR Daerah Johor Bahru jam 8.28 pagi. - Foto Bernama
Calon Barisan Nasional Mohd Hairi Mad Shah, 38, bersama pencadang dan penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Larkin di Dewan JKR Daerah Johor Bahru jam 8.28 pagi. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N44 Larkin dijangka akan menyaksikan pertembungan enam penjuru.

Tinjauan Sinar Harian di Pusat Penamaan Calon DUN Larkin di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru, di sini mendapati setakat jam 9.00 selepas proses penamaan calon diumumkan bermula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdapat enam calon yang hadir.

Calon-calon berkenaan adalah melibatkan calon daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Perjuang Malaysia (Pejuang) dan Bebas.

Calon Muda, Rashid Abu Bakar, 28 menjadi calon pertama tiba di pusat penamaan berkenaan pada jam 8.22 pagi diikuti calon PKR, Dr Zamil Najwah Arbain, 44, dan calon BN, Hairi Md Shah, 38, pada jam 8.30 pagi.

Calon PN, Zulkifli Bujang, 44, kemudiannya tiba pada jam 8.40 pagi, diikuti calon bebas Norramadan Buan, 46 pada jam 8.40 pagi dan calon Pejuang, Mohamad Riadz Mohamad yang terakhir pada jam 8.55 pagi.

Tempoh penamaan calon diumumkan berlangsung selama satu jam sehingga jam 10.00 pagi sebelum tempoh bertenang dilakukan selama satu jam lagi bagi membolehkan pihak SPR membuat semakan terhadap calon-calon.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!