Penamaan Calon PRN Johor
26 Februari 2022 09:15am
Masa membaca: 4 minit
Suasana Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling masih lengang ketika tinjauan di Dewan Jubli Intan, hari ini. - Foto Bernama
Anggota dan pegawai polis tiba seawal 6.30 pagi di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling ketika tinjauan di Dewan Jubli Intan, hari ini ini. - Foto Bernama
Md Taib Md Suhut calon pertama hadir proses penamaan calon DUN Bukit Kepong. - Foto Sinar Harian
Calon Pejuang, Md Taib Md Suhut melakukan ujian kendiri selepas didapati bergejala iaitu batuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong. - Foto Sinar Harian
Maszlee tiba di Pusat Penamaan Calon bagi DUN Layang-layang. - Foto Sinar Harian
Ahmad Shafiq (dua dari kiri) tiba di Pusat Penamaan Calon bagi DUN Layang-layang. - Foto Sinar Harian
Mohamad Fakrulradzi (dua dari kiri) hadir di PPC bersama bapanya Mahmud (kiri) untuk menghadiri hari penamaan calon di sini, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama calon PN N. 07 Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal dan N. 08 Bukit Pasir Muhd Nur Iqbal Abd Razak sebelum proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Johor di Bilik Gerakan Zon Utara Pagoh hari ini. - Foto Bernama
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) mengaminkan doa bersama calon PN N. 07 Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal (dua, kanan) dan N. 08 Bukit Pasir Muhd Nur Iqbal Abd Razak (dua, kiri) sebelum proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Johor di Bilik Gerakan Zon Utara Pagoh hari ini. - Foto Bernama
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Puteri Wangsa, Ng Yew Aik (tengah) tiba di Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Raya Taman Pelangi Indah hari ini. - Foto Bernama
Calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Puteri Wangsa, Steven Choong Shiau Yoon (tengah) tiba di Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri Johor di Dewan Raya Taman Pelangi Indah hari ini. - Foto Bernama
Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz (tengah) hadir di Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Raya Taman Pelangi Indah hari ini. - Foto Bernama
Calon Barisan Nasional Mohd Hairi Mad Shah, 38, bersama pencadang dan penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Larkin di Dewan JKR Daerah Johor Bahru jam 8.28 pagi. - Foto Bernama
PRN Johor yang bermula hari ini dengan proses penamaan calon di 56 pusat penamaan, menyaksikan suasana norma baharu dalam perjalanan pilihan raya di negara ini.