[VIDEO] Sahruddin hadapi saingan empat penjuru di Bukit Kepong
PAGOH - Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong menyaksikan persaingan empat penjuru antara Parti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Kepong, Rahaman @Abdul Rahman Selamat mengumumkan, empat calon berkenaan ialah Datuk Dr Sahruddin Jamal (PN), Ismail Mohamed (BN), Nurafiqah M Zulkifli (Muda) dan Md Taib Md Suhut (Pejuang).
“Saya berpuas hati memutuskan tiada calon yang ditolak kertas penamaannya,” katanya di Dewan Karisma, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini pada Sabtu.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Sahruddin memperoleh 11,665 undi menewaskan pencabarnya Mohd Noor Taib (BN) dan Iqbal Razak (Pas) dengan majoriti 1,273.
Mohd Noor memperoleh 10,392 undi manakala Iqbal 1,761 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN Johor), manakala tarikh mengundi pula pada 12 Mac depan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!